Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran (Bahasa Inggeris: Inculcation of Islamic Values Policy) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1985[1] oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Dasar ini merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha kerajaan Malaysia yang telah dilakukan seperti penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.